
Tak pernah ana bermimpi untuk hadir di sini, sebagai seorang penuntut ilmu…
Pertama kali melihat gahnya bangunan Institut Al-Quran Negeri Terengganu, hati ana terdetik, layakkah aku untuk menuntut ilmu di sini?
Begitulah manusia lebih suka menilai tinggi sesuatu dan merendahkan nilai diri sendiri…
Kini terbukti, lebih 3 bulan menuntut ilmu di sini mengajar ana dan sahabat pelbagai erti. Erti-erti kehidupan di IQT….
Benarlah, pertemuan dan perpisahan itu telah ditakdirkan ALLAH…
Segala pahit perpisahan ALLAH ubati dengan manisnya pertemuan.
Terdetik di hati ana untuk menelusri hari-hari semalam yang telah menjadi kenangan tetapi mampu untuk memberi pengajaran bagi meneruskan perjuangan hari esok..

Kisah yang ingin diutarakan di sini.. lebih kepada kisah 1-d, kisah 1-c… mereka lebih arif dengan kehidupan mereka… cukuplah ana utarakan kisah 1-d memandangkan ini adalah laman perkongsian kami… jangan pula, mengatakan ia adalah assabiah.. tetapi.. inilah yang sepatutnya…

Rasa sayang dan rasa mahabbah pada institut ini semakin berakar umbi… setiap hari yang dilalui… kami lalui bersama… barulah kami sedar memikul tanggungjawab dan amanah bukanlah semudah yang disangkakan… kami, hamba-hamba ALLAH yang diberi kepercayaan untuk memikul kalam-NYA… jika amanah ini tidak terpikul dengan sebaiknya.. maka celakalah kami… gerun memikirkan akibatnya.. tetapi begitulah, manusia punya jiwa yang sukar untuk diduga… dan pelbagai kisah akhirnya tercipta… kelas yang kami tumpangi akhirnya dituntut kembali oleh tuan empunya… dan guru tasmi’ kami yang merupakan guru sementara, menghentikan khidmatnya.. kami tiada guru dan kami tiada kelas.. lucu bila memikirkannya… tetapi sejujurnya, ana sedih dengan keadaan ini… jika ana dan sahabat-sahabat tidak kuat dalam menentang anasir-anasir pemikiran negative, tentu lebih banyak masalah timbul… mujurlah Ustaz Radzie yang merupakan Ketua Jabatan Tahfiz dan juga merupakan ustaz kami, membasuh minda kami dengan cas-cas positif…. Di mana kesusahan di situ ada kemudahan… jangan jadikan diri kita orang yang banyak mengeluh…. Ujian sekecil ini tak mampu untuk dihadapi, bagaiman ujian yang mendatang yang pastinya lebih menguji… jangan kita lemah dengan sedikit ujian…
Buat sahabat-sahabat,,,,, dengarlah dan jadikanlah segalanya sebagai satu azimat.. jadikan segala ujian kecil ini sebagai sumber kekuatan kepada kita.. sumber kekuatan untuk terus maju ke hadapan… jangan pernah biarkan diri tetringgal… kita hebat! Jika kita berusha.. terus membanting tulang…… sebuah kejayaan itu akan lebih manis jika ia adalah hasil dari sepahit-pahit usaha.. ALLAH pilih kita dan DIA menguji dari awal lagi kerana cintaNYA pada hambaNYA…… tanda cinta ALLAH, bukan dengan memberi manusia dan mengurniakan sebanyak-banyaknya nikmat yang melalaikan.. tapi, tanda cinta DIA adalah apabila DIA mentarbiyyah hambaNYA dengan ujian-ujian yan sesuai dengan kesanggupan hambaNYA…
Akhir kata, buat pentadbiran iqt.. harapan kami agar masalah ini tidak akan timbul lagi… mungkin ini adalah kesilapan bagi penambah baikan… tapi, cubalah dan elakkanlah agar masalah ini tidak turut dihadapi oleh generasi iqt yang akan datang.. kerana sayang dan cinta kami, kami mengharapkan yang terbaik sebagaimana pentadbiran mengharapkan yang terbaik dari pelajar….

Buat sahabat-sahabat, pesanan dari penaja… ngulang mesti.. catat ngulang.. buat modal banyak-banyak..dan jaga hati, jaga minda dan jaga organ deria kalian… he3…. Sayang semua…
~ainunsailahnordin~