teman, di sini ana bawakan keluhan atau mungkin sedikit luahan rasa dari muslimin buat muslimat.. mungkin dapat kita ambil pengajaraN dalam mendidik diri menuju redhaNYA..


Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa.
Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman?? Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami??
jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu, serlahkan auratmu, jarangkan kainmu, bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu…kenapa?? tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu.. adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki?? sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta. Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani, siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..sedarlah wahai wanita..engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang..sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH..NAUZUBILLAH…
Nasihatku untukmu…


Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…..

(nukilan ikhlas buat remaja yang cintakan akhirat- wantaiko)


Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat.

Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan artis sebagai sanjungan dan ikutan, bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Dengan mudah mereka menyerah kepada seseorang lantaran runtunan hawa hafsu.

Budaya barat bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah menjadikan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yg begitu onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiah islam, mendampingkan diri dengan kelompok yang berpegang teguh dengan ajaran islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada ancaman pengaruh mungkar.

Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi dalam suasana negara dan pemerintahannya mengabaikan peraturan Allah SWT. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih menjerumus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayah Allah SWT serta asuhan dan bimbingan daripada ibu bapa yang berpegang teguh dengan hukum Allah SWT sahaja akan selamat daripada segala bencana itu.

Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman, serta berakhlak yang mulia, merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi. Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di padang Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah SWT dengan ucapan "selamat datang wahai para remaja yang baik".

Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela di sekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat keseronokan yang abadi di Akhirat kelak.

Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu di sebelah kanan. Untuk mereka, disediakan bendera berwarna hijau, lalu Allah Taala menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukmin, berakhlak, sabar dan mempunyai ilmu pengetahuan. Nabi Yusuf terpilih menjadi ketua para belia yg baik budi pekerti kerana Baginda adalah seorang Nabi yg sangat kacak dan tampan.

Ketampanannya menggoda ramai wanita, hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun, Nabi Yusuf berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu. Ulamak tafsir menyifatkan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini hanyalah separuh daripadanya ada pada Nabi Yusuf AS. Dalam Al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama "Surah Yusuf", yang bukan sahaja menceritakan paras rupa Nabi Yusuf yang tampan dan menawan, tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan Baginda. Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang Nabi yang termasyhur, iaitu Nabi Yusuf AS.

Bersesuaian dengan ketabahan dan kekuatan hati Baginda yang berjaya menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang berjaya menghadapi segola godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama Nabi Yusuf di bawah panji-panji hijau di Akhirat kelak. Setelah itu, Allah SWT memuliakan orang-orang yang menjalinkan hubungan baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT. Mereka berkawan bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan hati yang ikhlas. Justeru, mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana sifat yang terpuji itu. Sifat kasih mesra sesama insan itu merupakan benteng penghalang daripada segala persengketaan dan pemusuhan.:mLove:


*dipetik daripada buku "Nota Kepada Diri" karya Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

assalamualaikum...
bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana limpah kurnia-NYA, kita masih diberi kesempatan untuk menemui bulan rahmat yang dengan erti kata lain bulan tarbiyyah.. bulan madrasah yang mendidik jiwa-jiwa manusia yang sentiasa dahagakan didikan.. moga-moga kita antara manusia yang terdidik... (terdidikkah kita..?) sama-sama kita renungi benarkah bulan madrasah ini telah berjaya mendidik jiwa-jiwa kita ke arah lebih baik.. moga-moga.. apapun, hanya kita dan DIA yang mengetahui hakikat yang sebenarnya.. sama-samalah kita doakan..

pemergian Ramadhan turut membawa pergi memori-memori yang tercipta antara kita.. dan di sini ana ingin mengabadikannya agar tak luput di ingatan...

pada 15 SEPTEMBER 2009..

Gabungan antara 2 buah kelas [1 Raudhatul Syifa' + 1 Raudhatul Munawwarah ] berjaya mengadakan acara makan-makan, bertempat di Dataran Asrama Banat. Acara bermula pada pukul 11.30 malam ( habis masa study) dengan tujuan untuk mengeratkan lagi tautan-tautan hati antara kami, insyaALLAH...
Bermula Jam 8.00 malam, mas'ulah kami bertindak bijak dengan menelefon peniaga kafe lebih awal untuk menempah makanan, sebanyak 14 bungkus nasi goreng, 7 bungkus Kuey Tiau Tom Yam, dan 28 bungkus air Bandung telah ditempah untuk 28 orang pelajar.. kelegaan memenuhi pundak hati kami apabila peniaga kafe menerima tempahan kami, walaupun kedengaran seperti agak berat untuk dia menyanggupinya... akibatnya, ada antara pelajar-pelajar lain tidak dapat membeli makanan hari itu kerana kafe kehabisan bahan masakan.. maafkan kami(3x) ...alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.. majlis berakhir pada pukul 12.30 malam.. lebih kurang...moga- moga acara 'makan-makan' ini akan diadakan lagi... he2...


PADA 16 september 2009

Setelah mesyuarat tingkat menyatakan cadangan agar kami, ahli kelas 1 Raudhatul Syifa' mengadakan iftar di luar kwasan sekolah dengan kata lain di rumah salah seorang ahli mesyuarat tingkat kami, kami pun memerah keringat untuk mencari siapa yang sudi untuk menjemput kami iftar di rumahnya (macam sedih laa pulak..) akhirnya salah seorang dari sahabat kami, {x perlu dinyatakan namanya} menjemput kami, ahli kelas 1 Raudhatul Syifa' untuk iftar di rumahnya... Rasa bersyukur, gembira dan + terharu dan rasa terima kasih telah membentuk satu rasa di hati kami, ==>>EXCITED... he2... segala persiapan yang berkaitan kami lakukan dengan jayanya...

pada pukul 4.40 petang kami keluar dari perkarangan sekolah menaiki van yang dipandu oleh Mak Long (terima kasih mak long..) menuju ke rumah sahabat kami di Kg. Panji.. D alam perjalanan, kami singgah di bazaar@pengadang baru untuk membeli sedikit juadah sebagai buah tangan dan tanda terima kasih kami kepada tuan rumah,tidak lupa untuk diri sendiri dan juga untuk Mak Long..

Sesampainya kami di rumah sahabat kami, kami mendapati ahli keluarganya sedang menyiapkan juadah berbuka puasa.. cepat-cepat kami turun ke dapur untuk menolong.. alhamdulillah, bersyukur kerana kami tidak sampai terlalu lewat dan masih sempat untuk menolong mereka menyediakan juadah walaupun hanya sempat menolong sedikit... ketika itu juga, kami diberitahu bapa saudara sahabat kami bersama keluarganya akan sampai dan berbuka puasa bersama, jadi makanan yang disediakan sudah tentu agak banyak..

"ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR.." alhamdulillah, berjaya juga kami berbuka puasa di luar ,hari tu sebelum pulang beraya ke kampung.. juadah hari itu cukup istimewa, Tom Yam, Gulai Ayam, Ikan Bakar Berperencah dan Telur Dadar... segala puji bagi ALLAH yang mengurniakan nikmat rezeki buat kami bersama.. selesai iftar, kami solat Maghrib berjemaah bersama-bersama dan setelah itu, turun ke dapur untuk mengemas apa yang patut dan ada juga yang masih meneruskan 'makan-makan'.. walaupun demikian, kami terpaksa menghentikan proses mengemas memandangkan azan Isya' telah berkumandang.... dan, hari ini kami dengan jayanya bersolat Isya' dan Tarawih di luar kawasan sekolah... kami hanya berjalan ke surau Kampung.. perjalanan ke surau yang menyeronokkan tentunya, bersama-sama .. setelah selesai Solat Tarawih sebanyak lapan rakaat, kami pulang ke rumah dan acara mengemas dan makan- makan diteruskan lagi.

Pada Pukul 10.00 malam, Mak Long datang mengambil kami dan dia singgah sebentar di rumah sahabat kami untuk minum- minum.. dan, kami pun pulang semula ke sekolah bersalaman dengan keluarga sahabat dan mengucapkan terima kasih padanya... tak termampu rasanya untuk membalas jasa baik dan kesudian merka menjemput dan menyediakan juadah berbuaka puasa yang sungguh enak... alhamdulillah.. (moga-moga, tahun hadapan jemput lagi) he2... perjalanan pulang ke sekolah di malam hari yang menyeronokkan..

buat sahabat-sahabat sekalian, tahun hadapan, kita nak iftar rumah siapa pulak ya... ha3... entahkan ketemu Ramadhan tahun hadapan... entahkan tidak... sama-samalah kita doakan.. terima kasih sekali lagi diucapkan kepada tuan rumah...

laporan disediakan oleh,
~raiisatulfasl~
1 Raudhatul Syifa'
semester 2,
sesi 2009...
p/s: segala kesilapan fakta dalam laporan di atas minta diperbetulkan... (*--*)
syukran..

:puteh_11:Sedih mengenangkan ramadhan yang berbaki 1 hari lagi.

Sedih kerana ramadhan kali ini tidak dapat diikitiraf sebagai ramadhan yang terbaik.

Sedih kerana merasakan bahawa ramadhan kali ini sama sahaja dengan ramadhan
yang dasebelumnya.

Iri hati dengan mereka yang mampu memenuhi tiap malam ramadhan dengan solat sunat tahajud, tadarus Al-Quran, zikir dan selawat. Mereka bahagia.

Ramadhan berlalu lagi. Entahkan ada titik pertemuan akan datang untukku atau tidak.

Ramadhan pergi lagi. Moga ada ramadhan lagi untuk kita semua..

Salam EidulFitri buat semua...
Maaf Zahir dan Batin.

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM..

p/s: Sahabat2 syg di 1 Raudhatul Syifa',raya2 juga.. mengulang jgn lupa ya.=)
Catat ya jadual mengulang tu.. syg kalian semua..

Powered By Blogger

About this blog

Salam sahabat sayang…

Blog khaleelatulaisy merupakan sebuah blog perkongsian dan masih dalam pembinaan..

Memandangkan ia adalah sebuah perkongsian segalanya memerlukan persetujuan bersama..

Jadi, segala komen dan rasa yang terbuku sila komen terus ke e-mel ana dan sahabat-sahabat lain..

Terima kasih.. segala rasa lapang dada kalian amatlah diharapkan dan amat dihargai…