Salam Tautan Nurani…..
Tak pernah ana bermimpi untuk hadir di sini, sebagai seorang penuntut ilmu…
Pertama kali melihat gahnya bangunan Institut Al-Quran Negeri Terengganu, hati ana terdetik, layakkah aku untuk menuntut ilmu di sini?
Begitulah manusia lebih suka menilai tinggi sesuatu dan merendahkan nilai diri sendiri…
Kini terbukti, lebih 3 bulan menuntut ilmu di sini mengajar ana dan sahabat pelbagai erti. Erti-erti kehidupan di IQT….
Benarlah, pertemuan dan perpisahan itu telah ditakdirkan ALLAH…
Segala pahit perpisahan ALLAH ubati dengan manisnya pertemuan.
Terdetik di hati ana untuk menelusri hari-hari semalam yang telah menjadi kenangan tetapi mampu untuk memberi pengajaran bagi meneruskan perjuangan hari esok..










Sebulan pertama lebih kepada, bulan perkenalan..
Dalam bulan yang pertama, setiap pelajar junior tidak akan dapat lari dari minggu orientasi.. bagi sesetengah pelajar ia adalah minggu ‘penyiksaan’ buat adik-adik junior.. ana dan sahabat-sahabat agak bersetuju dengan pendapat ini… ha3 maaf kak2 fasi… tapi, kerana minggu inilah kami lebih terdidik.. ukhuwwah antara kami terjalin… memandangkan kami datang dengan pelbagai latar belakang yang berbeza..sememangnya bukan mudah untuk menjalinkan persaudaraan antara kami… minggu ini juga memperkenalkan kami corak kehidupan di iqt yang sememangnya amat berbeza dengan sekolah lama.. kami berkenalan dengan pro-senior dan pre-senior… segalanya indah tetapi agak ‘menyakitkan’ he2…. Waktu inilah mereka seperti mengambil kesempatan.. roommate lari dari bilik , menukar nama dengan orang lain, dan mengatakan diri mereka kembar kepada si fulan dan si fulan atau bermacam-macam lagi… secara jujurnya, ana pernah rasa malas untuk hidup di sini…lemahmya jiwa ini… tapi, tak kenal maka tak cinta… selepas minggu orientasi perubahan sikap fasi, kak2 pro-senior dan pre-senior Nampak berubah, lebih mesra dan lebih mudah untuk didekati.. waktu itu, barulah ana membuka kata… benarlah don’t judge a book by its cover… bulan inilah jualah yang menyatukan hati kami dan bulan ini jugalah yang memisahkan kami… memisahkan kami kepada dua kelas… kelas 1-d dan 1-c….. di waktu ikatan jiwa kami masih belum kukuh, kami dipisahkan kepada dua kumpulan.. menjadi satu cabaran untuk menjalinkan simpulan ukhuwwah . masing2 diperkenalkan dengan guru tasmi’ dan ketika tu jugalah kami merasakan kami adalah pelajar iqt yang sah….. cukuplah kisah kami….
Kisah yang ingin diutarakan di sini.. lebih kepada kisah 1-d, kisah 1-c… mereka lebih arif dengan kehidupan mereka… cukuplah ana utarakan kisah 1-d memandangkan ini adalah laman perkongsian kami… jangan pula, mengatakan ia adalah assabiah.. tetapi.. inilah yang sepatutnya…



Bulan kedua dan bulan ketiga..….
Rasa sayang dan rasa mahabbah pada institut ini semakin berakar umbi… setiap hari yang dilalui… kami lalui bersama… barulah kami sedar memikul tanggungjawab dan amanah bukanlah semudah yang disangkakan… kami, hamba-hamba ALLAH yang diberi kepercayaan untuk memikul kalam-NYA… jika amanah ini tidak terpikul dengan sebaiknya.. maka celakalah kami… gerun memikirkan akibatnya.. tetapi begitulah, manusia punya jiwa yang sukar untuk diduga… dan pelbagai kisah akhirnya tercipta… kelas yang kami tumpangi akhirnya dituntut kembali oleh tuan empunya… dan guru tasmi’ kami yang merupakan guru sementara, menghentikan khidmatnya.. kami tiada guru dan kami tiada kelas.. lucu bila memikirkannya… tetapi sejujurnya, ana sedih dengan keadaan ini… jika ana dan sahabat-sahabat tidak kuat dalam menentang anasir-anasir pemikiran negative, tentu lebih banyak masalah timbul… mujurlah Ustaz Radzie yang merupakan Ketua Jabatan Tahfiz dan juga merupakan ustaz kami, membasuh minda kami dengan cas-cas positif…. Di mana kesusahan di situ ada kemudahan… jangan jadikan diri kita orang yang banyak mengeluh…. Ujian sekecil ini tak mampu untuk dihadapi, bagaiman ujian yang mendatang yang pastinya lebih menguji… jangan kita lemah dengan sedikit ujian…
Buat sahabat-sahabat,,,,, dengarlah dan jadikanlah segalanya sebagai satu azimat.. jadikan segala ujian kecil ini sebagai sumber kekuatan kepada kita.. sumber kekuatan untuk terus maju ke hadapan… jangan pernah biarkan diri tetringgal… kita hebat! Jika kita berusha.. terus membanting tulang…… sebuah kejayaan itu akan lebih manis jika ia adalah hasil dari sepahit-pahit usaha.. ALLAH pilih kita dan DIA menguji dari awal lagi kerana cintaNYA pada hambaNYA…… tanda cinta ALLAH, bukan dengan memberi manusia dan mengurniakan sebanyak-banyaknya nikmat yang melalaikan.. tapi, tanda cinta DIA adalah apabila DIA mentarbiyyah hambaNYA dengan ujian-ujian yan sesuai dengan kesanggupan hambaNYA…

Akhir kata, buat pentadbiran iqt.. harapan kami agar masalah ini tidak akan timbul lagi… mungkin ini adalah kesilapan bagi penambah baikan… tapi, cubalah dan elakkanlah agar masalah ini tidak turut dihadapi oleh generasi iqt yang akan datang.. kerana sayang dan cinta kami, kami mengharapkan yang terbaik sebagaimana pentadbiran mengharapkan yang terbaik dari pelajar….

Buat sahabat-sahabat, pesanan dari penaja… ngulang mesti.. catat ngulang.. buat modal banyak-banyak..dan jaga hati, jaga minda dan jaga organ deria kalian… he3…. Sayang semua…
~ainunsailahnordin~


semoga berada dalam redhaNYA

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya





Powered By Blogger

About this blog

Salam sahabat sayang…

Blog khaleelatulaisy merupakan sebuah blog perkongsian dan masih dalam pembinaan..

Memandangkan ia adalah sebuah perkongsian segalanya memerlukan persetujuan bersama..

Jadi, segala komen dan rasa yang terbuku sila komen terus ke e-mel ana dan sahabat-sahabat lain..

Terima kasih.. segala rasa lapang dada kalian amatlah diharapkan dan amat dihargai…