www.iluvislam.com
hishashi


Fail?? Tidakkkkkk....
"Kenapa aku tak lulus? Nak kata tak belajar aku belajar. Doa pun sudah. Sembahyang hajat pun selalu. Orang lain tak ulangkaji macam aku pun boleh lulus."


Pernahkah kita begini? Astargfirullah. Pernahkah kita memikirkan hikmah disebalik satu kegagalan itu? Dalam mengharungi rencah hidup yang penuh renyah ini kadang kala kita juga tumpas dan tewas dalam menghadapi halangan. Jika dilihat dari sudut logikalnya, Pelari 110m berpagar pun kadang kala tidak dapat melepasi kesemua halangannya. Tapi pernah kah kita fikir hikmah dan natijah disebalik kegagalan itu?


Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. (Al-baqarah:216)


Lepas tengok ayat ini apa kawan-kawan semua rasa? Mungkin kegagalan itu hikmahnya supaya kita lebih tekun berusaha. Mungkin juga supaya kita tidak mudah lupa siapa yang sebenarnya pemilik kejayaan itu. Mungkin juga hendak mengelakkan kita terus takbur dan sombong dengan kehebatan kita [kehebatan?atau kehebatan pinjaman Allah SWT] Mungkin juga kerana DIA mahu kita terus sentiasa ingat kepada-NYA. Manusia, insan yang mudah lupa bila hidup senang lenang.

Mari kita lihat satu analogi :
Ada seekor monyer yang berpeluk pada dahan pokok. Tiba-tiba angin halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu. Makin kuat sang monyet mendakap pokok itu. Dan monyet itu berjaya mengelakkan dirinya dari malapetaka itu. Sedang sang monyet berehat, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa, meniup kawasan pokok tersebut. Monyet itu semakin selesa dengan angin yang lemah gemalai itu, dakapannya semakin longlai dan akhirnya sang monyet ini tumpas.

Pengajaran:
Jangan jadi monyet. Bukan! Jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan . Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan.



Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan digoncang sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya Pertolongan Allah itu dekat. (Al-Baqarah:214)

Astargfirullah, jangan cepat mengeluh. Rupanya kita baru sikit diuji. Lupakah kita bagaimana saudara-saudara kita seperti Bilal Bin Rabah diuji. Lupakah kita bagaimana Mashitah dan keluarganya diuji. Alangkah manjanya kita, cepat melatah bila diuji. Bayangkan pula bagaimana saudara-saudara kita di Palestin sana.

Maknanya, kalau gagal kena gembira ke? InsyaAllah kita cuba tenangkan fikiran, muhasabah dan fikir hikmahnya. Jika gagal tingkatkan lagi usaha dan doa. Akhir sekali, SELAMAT BERJUANG DI MEDAN PEPERIKSAAN Akhirat dan Dunia, insyaAllah sekuat manapun kita diuji kita harus kuat untuk menghadapinya.

SEMOGA BERJAYA!!


jalan2 dn trjumpa ni......

KERAJAAN CUBA SELESAI SECARA BERPERINGKAT TERMASUK MASALAH BILIK KULIAH


KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Kekurangan tenaga pengajar dan bilik kuliah
(mcm trasa je.. he3..) tidak menghalang pengurusan Institut al-Quran (IQ) Terengganu untuk terus melahirkan masyarakat Islam `celik al-Quran’ tanpa mengira usia dan fahaman politik.

IQ Terengganu di Kampung Padang Midin, di sini ditubuhkan hasil idea dan gagasan dicetuskan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dalam usaha kerajaan memperkasakan pembangunan modal insan untuk memacu proses pembangunan negeri, pada Januari 2007.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata al-Quran adalah sumber kekuatan umat Islam sejak zaman berzaman kerana kerajaan sedar usaha pembangunan modal insan tanpa digaul resipi al-Quran adalah rapuh, hambar dan tidak berkat.

Katanya, sebagai kerajaan bertanggungjawab dan mementingkan pendidikan Islam, pelbagai usaha akan dilakukan kerajaan untuk menjadikan IQ sebagai lubuk merungkai masalah umat Islam yang buta al-Quran.

“Kita sedar masalah dihadapi pengurusan IQ termasuk kekurangan tenaga pengajar dan kelas kuliah. Masalah itu kita akan cuba selesaikan secara berperingkat, tetapi apa lebih penting dan utama ialah IQ mampu menjadi lubuk emas umat Islam memahirkan diri dalam pembacaan serta membuat tafsiran al-Quran,” katanya.

Khazan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit berkata, penubuhan IQ adalah inisiatif lanjutan selepas kerajaan menubuhkan pusat kecemerlangan melalui model Sekolah Menengah Imtiaz di Besut yang menggunakan resipi al-Quran.

“Kita mahu membawa al-Quran ketengah masyarakat dengan penuh daya penarik, mengimbau, memupuk rindu membaca dan memerhati mesejnya, menghidangkan air penawar rahmat, obor cahaya pendorong berfikir, menempa keinsafan, mengagihkan keimanan dan taqwa, selain melahirkan hukama dan Ulul Albab.

“IQ Terengganu mempunyai tugas cukup luas dan berterusan serta penuh dengan cabaran, kerajaan akan lalui semua cabaran untuk menjadikan IQ sebagai pusat penyelidikan dan rujukan terkenal di rantau ini,” katanya.

Khazan berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) menyediakan peruntukan RM300,000 setahun untuk membayar elaun tenaga pengajar, manakala peserta mengikuti program itu hanya dikenakan bayaran pendaftaran RM120.

Pengarah IQ Terengganu, Abdul Aziz @ Ahmad Mohd, berkata program terbaru dan mendapat sambutan menggalakkan masyarakat Islam yang dilaksanakan ialah kuliah Al-Furqan iaitu program celik al-Quran melalui pengajian hujung minggu.

Katanya, kuliah bimbingan itu dikhususkan untuk golongan dewasa, lelaki dan wanita dan program pengajian hujung minggu setiap Jumaat dan Sabtu mendapat sambutan seluruh masyarakat Islam di negeri ini.

kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

nabi bersabda:"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

sahabat kalian (aminah)




Hari yang berlalu merupakan hari-hari yang berharga kerana hari-hari yang berlalulah mendidik manusia.. sebagaimana kehidupan di iqt.. yang tercorak itulah kehidupan kami, kehidupan yang memberi pengajaran, seribu satu pengajaran… kami berlajar dari kisah lalu dan kami berdiri hari ni juga kerana kisah lalu..
Segalanya adalah kenangan yang memberi seribu satu pengajaran,,
Kerana kisah lalu jualah kami bersaudara, kami bersahabat….

Raudhatul mahabbah~raudhatul syifa’

Taman kasih kasih sayang~taman penawar..

kesatuan hati merupakan antara tunggak utama dalam bersahabat…
tapi bagaimana? Pasti ia tidak semudah menyatakannya..
Bagaimana ingin menyatukan hati-hati yang tak pernah mengenali..
Sememangnya ia sukar……..

Buat sahabatku sayang…
Kisah lalu telah memberitahu sukarnya hati kita bersatu..
Kerana sehingga kini, jika ada yang belum menyedari…
Sedarlah, hati kita masih belum bersatu…
Masing-masing masih belum mampu menerima
antara satu sama lain sepenuhnya…
Apa buktinya……???
Buktinya… hati ini… dan hati kalian jua begitu…
Mengapa? Kenapa? dan bagaimana..??

pernah ada antara sahabat kita mempersoalkan...
kita mementingkan diri sendiri... kenapa..??
"mentang-mentang dia sibuk menghafal, tak ambil kisah hal orang lain..."
kan, tak enak didengar.... tapi itulah kita....




sahabat sayang......
ana menyatakan perkara ini di laman perkongsian ini,
bukan kerana ana menyatakan yang kita sememangnya sedemikian...
mungkin hanya segelintir dari kita, dan mungkin kita juga termasuk dalam kalangan segelintir itu.... sahabat, mari.. kita muhasabah diri... pandanglah segalanya dari sudut positif.....
ana yakin, sahabat boleh mentafsirkan segalanya dengan sebaiknya... fikir dan fikir...

bila difikir-fikir susahnya hati manusia ingin menerima 'orang baru' dalam hidup....
ya,, hati manusia sememangnya begitu.. tapi bukan hati umat Islam.. kerana Islam itu agama PERSAUDARAAN.. uMAT iSLAM hakikatnya bersaudara.... dan sabda Junjungan Mulia s.a.w "tidak sempurna iman di antara kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" riwayat bukhari dan muslim...

Indah bukan ISLAM.....???
jadi, apa lagi yang harus ditunggu......
mahukan iman kalian sempurna.......?
jom, kita berkasih sayang.....
jangan hanya di bibir, tapi jua di hati...
kerana ukhuwwah itu bukan di bibir, tapi di hati...
barulah....... ukhuwwah fillah
mahabbah lillah.....dapat direalisasikan......


sayang sahabat....sayang kalian....
~ainunsailahnordin~


“DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?” Sekali lagi kita tanya diri sendiri DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita? Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya? Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut. Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku.Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah pada kita yang mampu bangun di tengah-tengah malam- Allah menyebut: Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya. Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan. Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa yang terlalu menyayangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah. Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan tapi apa yang paling penting, DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya??? "Jika Allah kasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".

Powered By Blogger

About this blog

Salam sahabat sayang…

Blog khaleelatulaisy merupakan sebuah blog perkongsian dan masih dalam pembinaan..

Memandangkan ia adalah sebuah perkongsian segalanya memerlukan persetujuan bersama..

Jadi, segala komen dan rasa yang terbuku sila komen terus ke e-mel ana dan sahabat-sahabat lain..

Terima kasih.. segala rasa lapang dada kalian amatlah diharapkan dan amat dihargai…