jalan2 dn trjumpa ni......

KERAJAAN CUBA SELESAI SECARA BERPERINGKAT TERMASUK MASALAH BILIK KULIAH


KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Kekurangan tenaga pengajar dan bilik kuliah
(mcm trasa je.. he3..) tidak menghalang pengurusan Institut al-Quran (IQ) Terengganu untuk terus melahirkan masyarakat Islam `celik al-Quran’ tanpa mengira usia dan fahaman politik.

IQ Terengganu di Kampung Padang Midin, di sini ditubuhkan hasil idea dan gagasan dicetuskan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dalam usaha kerajaan memperkasakan pembangunan modal insan untuk memacu proses pembangunan negeri, pada Januari 2007.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata al-Quran adalah sumber kekuatan umat Islam sejak zaman berzaman kerana kerajaan sedar usaha pembangunan modal insan tanpa digaul resipi al-Quran adalah rapuh, hambar dan tidak berkat.

Katanya, sebagai kerajaan bertanggungjawab dan mementingkan pendidikan Islam, pelbagai usaha akan dilakukan kerajaan untuk menjadikan IQ sebagai lubuk merungkai masalah umat Islam yang buta al-Quran.

“Kita sedar masalah dihadapi pengurusan IQ termasuk kekurangan tenaga pengajar dan kelas kuliah. Masalah itu kita akan cuba selesaikan secara berperingkat, tetapi apa lebih penting dan utama ialah IQ mampu menjadi lubuk emas umat Islam memahirkan diri dalam pembacaan serta membuat tafsiran al-Quran,” katanya.

Khazan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit berkata, penubuhan IQ adalah inisiatif lanjutan selepas kerajaan menubuhkan pusat kecemerlangan melalui model Sekolah Menengah Imtiaz di Besut yang menggunakan resipi al-Quran.

“Kita mahu membawa al-Quran ketengah masyarakat dengan penuh daya penarik, mengimbau, memupuk rindu membaca dan memerhati mesejnya, menghidangkan air penawar rahmat, obor cahaya pendorong berfikir, menempa keinsafan, mengagihkan keimanan dan taqwa, selain melahirkan hukama dan Ulul Albab.

“IQ Terengganu mempunyai tugas cukup luas dan berterusan serta penuh dengan cabaran, kerajaan akan lalui semua cabaran untuk menjadikan IQ sebagai pusat penyelidikan dan rujukan terkenal di rantau ini,” katanya.

Khazan berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) menyediakan peruntukan RM300,000 setahun untuk membayar elaun tenaga pengajar, manakala peserta mengikuti program itu hanya dikenakan bayaran pendaftaran RM120.

Pengarah IQ Terengganu, Abdul Aziz @ Ahmad Mohd, berkata program terbaru dan mendapat sambutan menggalakkan masyarakat Islam yang dilaksanakan ialah kuliah Al-Furqan iaitu program celik al-Quran melalui pengajian hujung minggu.

Katanya, kuliah bimbingan itu dikhususkan untuk golongan dewasa, lelaki dan wanita dan program pengajian hujung minggu setiap Jumaat dan Sabtu mendapat sambutan seluruh masyarakat Islam di negeri ini.

0 ulasan:

Post a Comment

Powered By Blogger

About this blog

Salam sahabat sayang…

Blog khaleelatulaisy merupakan sebuah blog perkongsian dan masih dalam pembinaan..

Memandangkan ia adalah sebuah perkongsian segalanya memerlukan persetujuan bersama..

Jadi, segala komen dan rasa yang terbuku sila komen terus ke e-mel ana dan sahabat-sahabat lain..

Terima kasih.. segala rasa lapang dada kalian amatlah diharapkan dan amat dihargai…