Sahabat,,,,, diri ini terlalu mencintai kalian….
Mari, kita selusuri hari~hari semalam,
Acara berbuka puasa secara berjemaah..
~pada mulanya kita sekadar merancang untuk berbuka puasa bersama ahli kelas kita, dengan tujuan untuk mengeratkan
ukhuwwah antara kita, tapi takut pula ada yang mengatakan assabiah, kita turut menjemput pelajar kelas 1 Raudhatul
Munawwarah… Bezanya, semua pelajar kelas kita DIWAJIBKAN untuk berbuka bersama walaupun ada yang tidak mampu
berpuasa kerana sebab-sebab tertentu….he2…
ALLAH suka menguji hambaNYA… selepas menghadiri ceramah Ustaz Rashidee, kami berpakat untuk ke dewan makan,
nak sediakan apa yang patut, tetapi hujan lebat telah membantutkan
perjalanan kami menyebabkan kami terkandas di masjid… hanya beberapa orang sahabat yang mampu melepaskan diri…
dan ana pun tak mampu berbuat apa2 hanya mampu menunggu, memerhati dan berdoa agar hujan akan membenarkan
kami lalu secepat yang boleh… terfikir juga ketika itu, untuk membatalkan cadangan berbuka puasa bersama,
memandangkan tuntutan masa….
Akhirnya… hujan sedikit serik memberi kami laluan untuk berjalan ke dewan makan
walaupun hakikatnya baju kami tetap lencun…. Tapi, biarlah.. sekali-sekala, dah lama tak mandi hujan… he2… sambil
menyelam minum air… sesampainya di dewan makan… kami terkejut, dan harapan untuk berbuka puasa hampir retak
kerana melihatkan makanan telah siap terhidang dan kami menyangka kak2 diploma telah terlebih dahulu merancang
untuk berbuka bersama…. Tetapi setelah diselidiki rupanya makanan itu adalah kepunyaan kami, he2… nak nangis dah
budak2 ni…. Rupa-rupanya, sahabat-sahabat yang berjaya meloloskan diri telah bertindak bijak dengan menyiapkan apa
yang patut dengan bantuan kak2 tahun lain… lega ana ketika itu….
Dan sekali lagi kami teruji…. Atap dewan makan yang selama ini tidak pernah bocor… bocor …
atau ada perkataan lain untuk menyatakan teruknya kerosakan atap itu… dan atap
yang rosak itu berhampiran dengan tempat untuk kami berbuka puasa… sekali lagi datang rasa untuk membatalkan
cadangan ini jika ‘hujan di dalam dewan makan’ itu terus lebat… tapi, melihatkan wajah sahabat2 yang bersemangat,
nampaknya bukan semudah itu, untuk membatalkan cadangan ini… dan pelbagai langkah berjaga-jaga dilakukan… cari
baldi, cari wiper… dan Alhamdulillah, hujan akhirnya serik….
Tersenyum sendiri bila memikirkannya….
Dan akhirnya upacara berbuka puasa bersama gabungan antara dua buah kelas 1 Raudhatul Syifa’ + 1 raudhatul
Munawwarah yang pertama kali diadakan Berjaya diadakan setelah diuji dengan rahmat ALLAH (hujan)…
moga-moga objektif mengadakan upacara ini tercapai….sekian… SAYANG SAHABAT SEMUA….
*ACARA SETERUSNYA AKAN TURUT DICERITAKAN, TETAPI MUNGKIN SEDIKIT MASA LAGI KERANA TUNTUTAN MASA..
0 ulasan:
Post a Comment