KITA AKAN MENGHARGAINYA KETIKA KEHILANGANNYA

Dan kita tidak akan pernah merasai kehadirannya,
Melainkan selepas kehilangannya,
Kewujudannya disamping kita umpama angin berhembus,
Langsung dibiarkan berhembus tanpa kita syukuri,
Namun,tanpa angin mampukah kita terus menjalani landasan hidup ini?

Dan kita sentiasa merasai sesak ketika adanya dia,
Kerana kita merasakan bahawasanya dia bukanlah sesiapa dalam diri kita,
Tetapi kita lupa dia merupakan segalanya untuk kita,
Mungkin..seketika waktunya..kita perlu merasai ketiadaan dia,
Agar kita dapat mensyukuri sejenak perlunya dia untuk kita.

Dan tidak Allah kurniakan dia untuk kita tanpa sebab dan tujuannya,
Namun itulah lumrah kita manusia,
Senantiasa membiarkan yang di depan mata pergi tanpa rela,
Pesan bapa "jika tidak suka pulangkan sahaja maka Allah menariknya",
"Tapi ingat jangan kau kesali..jangan kau tangisi".

Alangkah sunyi dunia kita tanpa dia,
Saat di depan mata dia pergi menghadap Illahi,
Air mata tidak sempat bertakung lantas tumpah,
Dan ketika itu kita teringat.
Kita akan menghargainya ketika kita kehilangannya..

HIDUP

resah aku menatap buku kenangan....
buku yang diwarnai tinta-tinta
suka dan duka seorang insan..
insan sepi...
insan luka..
insan bahagia...insan curiga...
tangis dan nangis..
tawa dan ria..

Sudah tebalkah rasa tabah ku?
sudah tepukah rasa kuat ku?
sehingga berani menolehi satu persatu halaman
buku kenangan kehidupan laluku..

atau..
akukan tejelopok dibumi rindu...
mencakar-cakar tanah dendam...
pada insan-insan yang telah memberikan kan aku kenangan...suka dan duka
atau....
aku tetap seperti ini...?
tegar hadapi segalanya....
tak seperti dulu lagi...
selama nya.....



KERDILNYA INSAN
Disini tempatnya insan berdiri,
Sujud kepada Illahi,
Deraian air mata berlinangan,
Terkenang kerdilnya insan,

Laungan talbiah bergema,
Setiap kata penuh makna,
Yang tersurat dan yang tersirat,
Menyedarkan kerdilnya insan,
Kaki melangkah mara,
Mulut berkumat kamit,
Hati penuh dengan sendu keinsafan

Terbayang kerdilnya insan,
Mohon keampunan,
Mohon keberkatan,
Penyesalan tidak terhingga,
Kerana kerdilnya insan,

Kini insan mula terjaga,
Dari hidup yang penuh keingkaran,
Gaung kemaksiatan yang membinasakan,
Itulah kerdilnya insan,
Allah maha esa,
Allah maha pemampun,
Allah maha mengetahui,
Akan kerdilnya insan,


>

Assalamualaikum, salam sejahtera buat pemula bicara. Hurrm.. lama sungguh ana bersuti, bercuti dari mengupdate blog ini. Cuti yang tak perlukan permohonan. Blog ini harus ditajdid. Ya, ia perlukan pembaharuan. Bukan pembaharuan dari segi kecanggihan teknologi tetapi lebih kepada pengisian. Bagaimana, ya…? Baiklah, kita kembali kepada hadaf utama untuk kita membina teratak ini… sebagai medan ukhuwwah di samping men’celik’kan mata kita semua bahawa dunia kini sudah jauh dan sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan. Alhamdulillah, ini adalah satu langkah untuk menuju gerbang dunia kini. Tetapi, mungkin Pembina blog ini lebih arif hakikat sebenar pembinaan blog ini.. kenapa dan mengapa ia dibina.. sudah tentu bukan untuk perkara sia-sia. Sebagaimana penciptaan manusia, Pemiliknya lebih tahu mengapa dan kenapa terjadinya manusia, walau sebelum terciptanya lagi tentera Allah telah mengetahui, manusia-manusia inilah yang akan menumpahkan darah di bumi tuhan. Tetapi, Penciptanya Lebih Tahu dan Dia Maha Tahu. Mengapa dan kenapa diciptakan juga. Sudah tentu bukan untuk perkara sia-sia.. bagaimana ya...? persekolahan Semester 1 dan 2 bagi tahun 2009 telah berjaya kita tempuh, berakhirnya imtihan pada 19-11-2009 menandakan berakhirnya sesi pembelajaran bagi pelajar syahadah tahun 1 dan tahun 3 khususnya. Walau kurang dari setahun, inilah permulaan kita, sebuah permulaan yang tak dapat dinafikan akan turut memberi impak pada masa depan, tahun depan, bulan depan, minggu depan, dan tentunya hari depan. Sebuah perjalanan bermula dengan langkahan pertama. Sebuah hipotesis kehidupan; Jika langkah pertama pincang maka pincanglah seluruh perjalanan itu. Andai manusia tak ingin berubah tak ingin mentraformasikan rentak dan gaya langkah itu. Dan, muhasabahlah adakah langkahan pertama kalian sempurna atau cukup baik atau membanggakan atau baik atau sekadar lulus atau Tidak lulus.?! Jawapan itu, tepuk dada, tanya Hati, tanya Akalmu. Mereka punya jawapan yang sebenarnya. Jujurlah. Kalian lebih tahu. Buat yang berlangkah pincang ia bukan bermakna kau kan kecundang, tetapi mungkin satu peringatan dari tuhan. Dan tajdid serta taghyir diperlukan. Tukarkan rima dan rentak. Kita mampu. Bagi yang berjaya menyusun langkah seperti yang dikehendaki tuhan, bersyukurlah, kalian hebat. Terlalu hebat [dibandingkan dengan diri ini] tingkatkan usaha, langkahan itu harus diteruskan. Bersykurlah, kerana kita terpilih hadir ke sini. Bukan mudah tetapi terlalu sukar. Namun, ia bukan satu alasan yang kukuh untuk menghentikan langkah. Kesukaran akan sentiasa hadir bila kita memilih untuk mendapatkan sesuatau yang berharga bahkan terlalu berharga. Mantapkan langkah. Langkah ini harus diteruskan kuatkan semangat! Yang tersungkur rebah. cepat, hulurkan tanganmu, sahabat-sahabat di sini sedia membantu. Tersungkur rebah walau luka berdarah usahalah untuk bangkit, yakinlah andai tiada di sisi untuk menbantu, DIA sentiasa kan bersamamu. Bukankah Dia yang mentakdirkanmu rebah? Dan ingatlah, takdir itu di hujung usaha, andai rebah bukan bermakna kau memang dilahirkan untuk rebah, tetapi kau yang memilih untuk rebah berdasarkan usahamu, lalu DIA mentakdirkan kau rebah. Kegagalan itu hanya rebah. Bukan pengakhiran segalanya. Dan kegagalan itu perlu untuk menyedarkanmu, segalanya harus usaha dan usaha itu harus dibaja dengan istiqamah dan istiqamah takkan terbentuk andai tiada mujahadah. Bangkitlah sahabatku, ummah ini memerlukanmu..! leka dan lalai hanyalah racun perjuangan. Berilah peringatan selagi kau diberi waktu. Salam sayang..

~raiisatulfasl sesi 2009~

Ainunsailahnordin

Sekali kaki melangkah selamanya akan melangkah,

Walau tersungkur rebah tak sesekali akan mengalah,

Selagi kaki belum menjejak jannah..!

Ummah ini, memerlukan perubahan!

Perubahan ini memerlukan KITA!

dan kerana itu, kita perlu berubah dan mengubah!

Dengan izin-Nya....


teman, di sini ana bawakan keluhan atau mungkin sedikit luahan rasa dari muslimin buat muslimat.. mungkin dapat kita ambil pengajaraN dalam mendidik diri menuju redhaNYA..


Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa.
Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman?? Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami??
jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu, serlahkan auratmu, jarangkan kainmu, bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu…kenapa?? tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu.. adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki?? sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta. Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani, siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..sedarlah wahai wanita..engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang..sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH..NAUZUBILLAH…
Nasihatku untukmu…


Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…..

(nukilan ikhlas buat remaja yang cintakan akhirat- wantaiko)


Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat.

Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan artis sebagai sanjungan dan ikutan, bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Dengan mudah mereka menyerah kepada seseorang lantaran runtunan hawa hafsu.

Budaya barat bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah menjadikan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yg begitu onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiah islam, mendampingkan diri dengan kelompok yang berpegang teguh dengan ajaran islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada ancaman pengaruh mungkar.

Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi dalam suasana negara dan pemerintahannya mengabaikan peraturan Allah SWT. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih menjerumus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayah Allah SWT serta asuhan dan bimbingan daripada ibu bapa yang berpegang teguh dengan hukum Allah SWT sahaja akan selamat daripada segala bencana itu.

Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman, serta berakhlak yang mulia, merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi. Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di padang Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah SWT dengan ucapan "selamat datang wahai para remaja yang baik".

Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela di sekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat keseronokan yang abadi di Akhirat kelak.

Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu di sebelah kanan. Untuk mereka, disediakan bendera berwarna hijau, lalu Allah Taala menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukmin, berakhlak, sabar dan mempunyai ilmu pengetahuan. Nabi Yusuf terpilih menjadi ketua para belia yg baik budi pekerti kerana Baginda adalah seorang Nabi yg sangat kacak dan tampan.

Ketampanannya menggoda ramai wanita, hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun, Nabi Yusuf berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu. Ulamak tafsir menyifatkan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini hanyalah separuh daripadanya ada pada Nabi Yusuf AS. Dalam Al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama "Surah Yusuf", yang bukan sahaja menceritakan paras rupa Nabi Yusuf yang tampan dan menawan, tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan Baginda. Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang Nabi yang termasyhur, iaitu Nabi Yusuf AS.

Bersesuaian dengan ketabahan dan kekuatan hati Baginda yang berjaya menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang berjaya menghadapi segola godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama Nabi Yusuf di bawah panji-panji hijau di Akhirat kelak. Setelah itu, Allah SWT memuliakan orang-orang yang menjalinkan hubungan baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT. Mereka berkawan bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan hati yang ikhlas. Justeru, mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana sifat yang terpuji itu. Sifat kasih mesra sesama insan itu merupakan benteng penghalang daripada segala persengketaan dan pemusuhan.:mLove:


*dipetik daripada buku "Nota Kepada Diri" karya Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Powered By Blogger

About this blog

Salam sahabat sayang…

Blog khaleelatulaisy merupakan sebuah blog perkongsian dan masih dalam pembinaan..

Memandangkan ia adalah sebuah perkongsian segalanya memerlukan persetujuan bersama..

Jadi, segala komen dan rasa yang terbuku sila komen terus ke e-mel ana dan sahabat-sahabat lain..

Terima kasih.. segala rasa lapang dada kalian amatlah diharapkan dan amat dihargai…