Institut Al-Quran Terengganu kini semakin berubah rentak dan coraknya, kehadiran ustaz dan ustazah baru menambahkan lagi seri warna- warni IQT. Dan kehadiran tenaga pengajar yang baru ini amatlah dirasai lebih-lebih lagi kepada pelajar Tahun 1, 2 dan pelajar Diploma.


Tentang apa pula post kali ini. Sedikit memoir yang tak akan sesekali dilupakan oleh pelajar 2-D khususnya. Indah bukan hidup ini… bak kata pepatah hidup ini bagaikan roda ‘keretapi’ sekejap di atas sekejap di bawah. Roda keretapi..? ha3,


Kali ini sudah tentunya ada kaitan dengan keretapi yang bergerabakkan badan manusia dan berodakan kaki manusia.


Tanggal 14 April 2010. rel keretapi pertama (keretapi muslimah, kerana keretapi muslimin telah bereoperasi sehari sebelumnya) telah dibina di Terengganu di bangunan akademik Institut Al-Quran Terengganu. Rel yang sepanjang ( mungkin tidak sampai 1 km) telah beroperasi pertama kalinya, dan dirasmikan dengan pergerakan kereta api pertama yang berbadankan manusia dan berodakan kaki manusia. Mungkin pelajar banat umumnya lebih arif tentang ini [memandangkan keretapi yang beroperasi adalah keretapi muslimah].


Majlis perasmian turut disaksikan oleh sebilangan pelajar banat IQT dan sebahagian kecil mungkin pelajar banin IQT.


Pensyarah Cik Syakirah yang merupakan pencetus kepada pembinaan operasi rel keretapi ini dengan sukacitanya turut menyaksikan perjalanan keretapi tersebut bagi memastikan gerabak2 keretapi tidak terputus di tengah jalan. Perjalanan keretapi ini turut mendapat perhatian dari para pensyarah. Pihak media sempat menemubual gerabak-gerabak keretapi dan dapat menyimpulkan. Idea tercetusnya gerabak-gerabak keretapi tersebut ekoran daripada kegagalan mereka mendapat markah ujian Matematik sebanyak 60% markah ke atas. Hanya seramai 2 orang pelajar yang terselamat dari menjadi mangsa keretapi manusia tersebut. Tahniah diucapkan kepada yang terselamat. Buat yang menjadi mangsa, jadikanlah ini sebagai satu pengajaran. Jangan biarkan keretapi ini beroperasi sekali lagi.


Pihak media juga mendapatkan maklum balas dari para penonton, dan mendapat beberapa komen yang sinis, mahupun memalukan dan ada juga yang tidak begitu bersetuju. Namun, bagi mangsa-mangsa keretapi manusia, tiada apa yang kami susahkan, kerana kami tahu semua itu terletak pada perkadaran usaha kami. insyaAllah, setiap perkara yang berlaku, mulakan dengan melihat pada hikmahnya, dengan demikian kita akan menjadi hamba yang tidak banyak mengeluh dan merungut. Belajar untuk tidak menunding jari pada pihak lain.


Terima kasih buat pencetus idea pembinaan landasan keretapi pertama di Institut Al-Quran Terengganu. Moga inilah operasi keretapi kali pertama dan yang terakhir. Kepada pihak yang menjadi penonton, ambillah ibrah di sebalik peristiwa ini. Dengan ini, saya selaku ‘kepala gerabak keretapi’ menutup kkisah ini dengan sukacitanya mengharapkan, saya tidak lagi terpilih menjadi kepala gerabak tersebut andai keretapi manusia ini terpaksa beroperasi sekali lagi. Wassalam.

*****


Malam itu, Institut Al-Quran Terengganu telah sekali lagi digegarkan dengan sebuah kendeaan yang julung-julung kali hadir ke institut tersebut. AMBULANS. Kehadiran kenderaan tersebut ekoran daripada panggilan kecemasan yang dibuat oleh Warden Asrama Banat. Panggilan kecemasan tersebut dibuat kerana salah seorang sahabat kami dari pelajar 2-D, telah jatuh pengsan dalam perjalanan pulang dari masjid menuju ke asrama. Memandangkan ini adalah kali kedua pelajar tersebut pengsan, kami berasa agak bimbang lalu membuat keputusan untuk menjemput kenderaan gemuk tersebut.

Alhamdulillah, pelajar tersebut berada dalam keadaan baik, walaupun mengalami beberapa masalah kesihatan. Tepat jam 2 pagi, (tak sampai pun) mereka tiba di perkarangan sekolah menaiki kereta Warden Asrama Banat, memandangkan pihak hospital tidak menyediakan ambulans untuk penghantaran pulang. Alhamdulillah semuanya selamat.

Moga- moga hari yang dilalui memberi peluang dan ruang untuk kita mengutip sebanyaknya hikmah dan pengajaran di sekeliling kita.

0 ulasan:

Post a Comment

Powered By Blogger

About this blog

Salam sahabat sayang…

Blog khaleelatulaisy merupakan sebuah blog perkongsian dan masih dalam pembinaan..

Memandangkan ia adalah sebuah perkongsian segalanya memerlukan persetujuan bersama..

Jadi, segala komen dan rasa yang terbuku sila komen terus ke e-mel ana dan sahabat-sahabat lain..

Terima kasih.. segala rasa lapang dada kalian amatlah diharapkan dan amat dihargai…