Majalah Solusi Isu 17 selamat ana beli pada 14 Mac 2010. Alhamdulillah, Berjaya memiliki setelah terlepas satu isu. Melihatkan tajuk yang dibentangkan kali ini, Membina Keyakinan Diri, hati ana terdetik, Allah sedang mentarbiyyah hamba-Nya. Ada sesuatu yang Dia ingin beritahu pada ana dan pada semua tentang isu ini. Kenapa ya..? kerana ia terlalu berkaitan dengan permasalahan bayangan yang membelenggu hidup ana belakangan ini. Sungguh, Alllah itu mencintai hamba-Nya.


Kupasan isu dari Ketua Editor Majalah Solusi, benar- benar menarik hati ana. Tetapi kali ini, bukanlah itu yang ana ingin kongsikan tetapi, tulisan Pahrol Mohd Juoi di ruangan DARIEDITOR yang menggamit hati ana untuk berkongsi bersama rakan-rakan. Jadilah Diri Sendiri… mengajar dan memberitahu ana sesuatu…

Saban hari, dalam hidup sejak ana kecil, sejak ana mengenali dunia persekolahan, hidup ana dilatih untuk bersaing. Bersaing untuk mendapat tempat yang terbaik. Saban hari, itulah bisikan ibu bapa ana, meletakkan harapan dan keinginan untuk anak mereka mendapat tempat pertama-tempat yang terbaik tentunya. Dan segalanya menjadi sebati dalam hidup ana. Hingga ana mengganggap, hidup ini adalah sebagai satu pertandingan yang masing-masing ingin mencapai kejayaan. Anggapan ini benar-benar membuatkan ana lupa akan diri ana sendiri, lupa yang sebenarnya pertandingan yang sebenar adalah bertanding dengan diri sendiri. Meletakkan diri agar merasakan yang ana sedang bertanding dengan diri sendiri. Bertanding dengan diri sendiri..? bagaimana, ya…? Yakni, kita harus berusaha agar mempamerkan, mengeluarkan atau menghasilkan sesuatu dengan fikiran, tenaga, keupayaan yang paling tinggi dan terdaya, dengan usaha yang paling optimum(terbaik), terhadap diri sendiri.


Segalanya, mulakan dari diri sendiri. Kita biasanya, lebih mengutamakan orang lain dari diri sendiri. Kita lebih merasa malu bila ‘kalah’ pada orang lain, tetapi bila ‘kalah’ pada diri sendiri, kita menganggap ia adalah satu perkara biasa yang tak perlukan di’malu’kan atau dirisaukan. Sejauh mana kita meletakkan betapa pentingnya diri kita sendiri pada pandangan kita sendiri. Cuba fahamkan…!


“only me can beat me!” benar, hanya kita sahaja yang boleh mengalahkan diri kita sendiri. Jadi, mulalah bertanding dengan diri sendiri- kalahkan rasa malas, tundukkan sifat malu tidak bertempat, atasi rasa takut yang tidak kena pada masanya dan lain-lain sifat negative. Tiada orang lain yang di luar di sana mampu mengalahkan segala rasa tersebut melainkan diri kita sendiri. Bukankah ini menunjukkan, kita ada kekuatan yang tersendiri yang tidak orang lain miliki dalam mengendalikan diri sendiri..? hebat bukan diri kita..?!

Satu perkara yang harus dihindari ialah sikap suka membandingkan diri anda dengan kawan-kawan. Hal ini kerana membandingkan diri dengan kawan-kawan anda sama ada yang lebih baik atau kurang baik daripada anda akan memberi kesan yang negative terhadap diri. Sebab, kita semua mempunyai ‘jangka masa perkembangan’ yang berbeza antara satu sama lain. Sama ada dari segi perkembangan emosi, fikiran dan jiwa, tempoh kematangan manusia tidak sama. Kita dibesarkan, dalam lingkungan, latar belakang keluarga, dan suasana yang berbeza. Dalam hidup, kita mesti mengatasi pelbagai halangan yang berbeza dari orang lain. Tembok yang ada di hadapan kita pasti tidak sama tinggi atau rendahnya dengan tembok orang lain. Mereka di laluan mereka, kita di laluan kita. Berhenti membandingkan laluan kita dengan orang lain, kerana sudah pasti laluan itu tidak sama. Mudah pada mereka mungkin pay

ah untuk anda. Payah buat mereka mungkin mudah untuk anda.


Tabiat membandingkan kita dengan orang lain akan meletakkan hidup kita umpama ombak yang dipukul angin. Perasaan kita akan sentiasa tidak stabil. Turun naik silih berganti. Satu masa kita rasa bangga satu ketika lagi kita rasa putus asa. Yakin pada satu tahap dan ragu-ragu pada tahap yang lain.


Binalah diri anda sendiri, sayangi diri itu dengan membina satu keyakinan bahawa Allah Maha Adil dengan mengurniakan bakat dan kemampuan untuk mencapai kejayaan dalam hidup berbekalkan kelebihan dan kekurangan yang anda miliki. Anda adalah unik, justeru tidak ada sesiapa yang serupa dengan anda dari segi lua

ran dan dalaman. Cara yang terbaik untuk membuat perbandingan ialah bandinglah diri anda sekarang dengan potensi diri anda yang sebenar. Anda tidak perlu banyak harta, tinggi kuasa, cantik rupa untuk mendapat keyakinan diri. Sebaliknya , binalah keyakinan kepada Allah, nescaya keyakinan pada diri akan meningkat.

~Jadi, jangan menunggu orang lain, menghargai diri anda, barulah merasa diri anda berharga, tetapi hargailah diri anda terlebih dahulu barulah orang lain akan menghargai anda.~ belajar untuk memampukan diri.


Riwayat Imam Muslim dari sahabat bernama Abu Yahya Suhaib Bin Sinan r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “ajaib sungguh dengan keadaan seorang mukmin. Keadaannya sentiasa dalam kebaikan dan ini tidak berlaku melainkan hanya pada diri seorang mukmin. Sekiranya dia menerima nikmat kesenangan, dia bersyukur lalu, itu menjadi kebaikan padanya. Dan sekiranya dia menerima ujian kesusahan, dia bersabar lalu itu juga menjadi kebaikan padanya”. Jadi, adakah lagi alasan untuk kita merasa lemah, takut, putus asa, sedih….? Fikirkanlah..!

0 ulasan:

Post a Comment

Powered By Blogger

About this blog

Salam sahabat sayang…

Blog khaleelatulaisy merupakan sebuah blog perkongsian dan masih dalam pembinaan..

Memandangkan ia adalah sebuah perkongsian segalanya memerlukan persetujuan bersama..

Jadi, segala komen dan rasa yang terbuku sila komen terus ke e-mel ana dan sahabat-sahabat lain..

Terima kasih.. segala rasa lapang dada kalian amatlah diharapkan dan amat dihargai…